Iklan

Sertai Perjuangan KAMI, Jatuhkan ISRAEL & SEKUTUNYA

Dapatkan SKRIP FACEBOOK Di Otai Viral | Dapatkan FAN @ OTAI VIRAL

Permulaan 2014 kearah Malaysia yang lebih suram dari sebelumnya?

Selamat Tahun Baru Masehi kepada masyarakat Kristian dan selamat menempuh 2014 kepada semua.

Idea entry ini adalah membincangkan diri sebagai sebahagian dari kelompok masyarakat dan bukannya melindungi, mewakili, provokasi dan apalagi menyerang golongan tertentu. Tidak ada niat dan segala macam tujuan yang berbentuk politik. Ini adalah sebagai salah satu kepentingan masyarakat marhein negara ini. Diharap kita menerima dan berfikir sebagai masyarakat Malaysia.

Kita melihat sebelum ini pelbagai langkah kurang bijak kerajaan Malaysia dalam menghadapi kesukaran ekonomi selain memungkinkan tahap keseimbangan ekonomi yang amat membimbangkan. Mengapa dikatakan tidak seimbang? Mudah sahaja, anda hadapinya dan kami disini juga hadapinya iaitu, barang-barang termasuk barang keperluan seperti petrol, elektrik dan sebagainya yang mengalami kenaikan harga dan takrif tetapi gaji minimum yang tidak setimpal diperolehi oleh semua lapisan dan jenis pekerjaan.

Apa yang mampu dibuat kerajaan Malaysia ialah dengan memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diharap dapat menampung kesukaran rakyat yang berpendapatan rendah dalam berbelanja untuk keperluan harian. Apakah itu satu langkah yang dapat mengembalikan populariti kerajaan pimpinan Parti Barisan Nasional (BN) ini? Semestinya tidak, masakan RM500 dapat menampung perbelanjaan golongan tersebut selama setahun!

Sudah tentu saja pihak pembangkang akan mengambil peluang hasil dari kelemahan ini. Semestinya ini tidak membantu kepada peningkatan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Agenda jelas pada apa yang tertera dalam perhimpunan ini.
Perkara yang menyebabkan kemarahan mana-mana rakyat dalam dunia ini ialah apabila kos sara hidup yang tidak mampu ditanggung oleh mereka dan ini jelas sebenarnya akan berlaku di negara kita. Justeru pemimpin yang memerintah kini dahulunya memutarkan aku janji parti tersebut dan kini memang jelas mengingkarinya. Diberi satu situasi seperti ini, seorang penduduk di pinggiran Kuala Lumpur yang nyata terkesan hasil dari kenaikan kos sara hidup menyatakan luahah seperti ini, "Kami bukan menyelar pihak pemerintah sebagai pihak pembangkang tetapi kami lebih kepada sebagai jiwa rakyat marhein yang kurang berkemampuan dan terpaksa bercatu serba-serbi. Makan ayam pun 2 bulan sekali, kerja dari 8.00 pagi-5.00 petang, balik kerja jual nasi tepi jalan dari jam 8.00 - 12.00 malam dan dengan pendapatan itu masih tidak mampu menyara 3 orang anak kami yang masih bersekolah. Kami bersuara bukan untuk keselesaan kami, namun adalah untuk generasi yang akan datang supaya mereka tidak lagi perlu menghadapai keadaaan yang lebih parah jika cara kepimpinan masih kekal seperti hari ini. Salah apa sebenarnya kami?".

Mengapa kita mesti hairan atau bertindak menyelar rakyat yang marah dengan keadaan ini? Mengapa kita mesti benci atau memberikan solusi yang menghina kepada mereka yang tidak mampu mengeluarkan wang untuk membayar harga petrol, malah mencadangkan lagi kepada orang tersebut agar naik basikal atau berjalan kaki? Mengapa mesti kita mencadangkan kepada mereka yang mengeluh kesah tentang kesukaran mereka yang menampung kos sara hidup agar keluar dari Malaysia? Mengapa kita mesti meletakkan agenda politik lebih atas daripada hak dan kesukaran rakyat yang rata-rata memang tidak mampu lagi sebenarnya menghadapi krisis kenaikan kos sara hidup ini?
Kemana sebenarnya sifat patriotisme sayangkan Malaysia itu? Apakah kepada pemimpin dan dasarnya? Dimana pula letaknya rakyat yang tidak berkemampuan itu? Diluar Malaysia? Apakah sifat kita sebagai manusia prihatin terhadap golongan ini juga seharusnya berada diluar Malaysia?

Pada ambang 1 Januari 2014 rakyat-rakyat yang kurang berkemampuan ini terus menyatakan rasa tidak puas hati dan bertindak melakukan demonstrasi pada malamnya. Rentetan sebelum dari terjadinya insiden itu kerajaan melakukan hebahan bahawa kononnya akan berlaku himpunan guling kerajaan? Perhimpunan haram?

Salah satu laporan dari akhbar tempatan, memberikan satu tanggapan tentang keperluan menggunakan
bahasa sebegini dalam menghadapi tindakbalas rakyat yang sengsara.


Tahukah anda bahawa tindakan ini sebenarnya akan menimbulkan rasa menyampah rakyat terhadap kerajaan Malaysia kerana sebelum ini sudah resah dan tertekan dengan kenaikan kos sara hidup. Kita perlu faham bahawa kemampuan rakyat Malaysia adalah jauh berbeza dengan kemampuan rakyat di Mesir, Tunisia, Greece, Portugal dan tidak perlu pergi jauh kerana rakyat Malaysia tidak mampu melakukan demonstrasi seperti di Thailand dan Indonesia.

Rakyat Malaysia memang tidak mampu melakukan pengguliangan kerajaan, kenapa? Anda tahu jawapannya, jika tidak tanyalah pada rakan atau keluarga anda dan percayalah ini adalah hakikat rakyat Malaysia setakat ini. Baik mereka itu penyokong UMNO, MCA, MIC..atau yang sebelah sana iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka memang tak mampu nak buat penggulingan kerajaan yang berbentuk revolusi. Apa lagi persamaan mereka? Semuanya menanggung kos sara hidup yang meningkat! Semua sengsara. Ya, mereka juga banyak yang merungut. Bukan penyokong pembangkang sahaja tetapi penyokong BN juga. Namun perlukah mereka yang diatas mengambil kesempatan oleh kelemahan rakyat ini? Hairan juga tiba-tiba terdapat sekelumit manusia yang sanggup mempertahankan dasar yang dijalankan oleh pemimpin sebegini.

Semoga tahun 2014 ini menjadi titik tolak sebagai permulaan pentadbiran kerajaan Malaysia untuk mendengar keluh kesah rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dalam menghadapi kos sara hidup yang mencabar. Rakyat Malaysia sememangnya cintakan keamanan dan tanggungjawab menjaga kemananan juga digalas oleh semua orang, biarlah siapapun hatta Yang Dipertuan Agung sekalipun, keamanan adalah hak semua. Oleh itu peranan semua pihak mesti dijalankan selain dasar yang tidak mencabar kesabaran rakyat juga merupakan salah satu tanggungjawab oleh kerajaan menjaga keamanan negara ini. Semoga rakyat Malaysia teruskan usaha dan tabah menghadapi 2014 yang dilihat memberikan likuan perjalanan hidup yang suram.



This entry was posted on Wednesday 1 January 2014. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

Powered by Blogger.